Kiriman pada: Sun, Feb 5th, 2017

Kak Milah ‘Sempurnakan’ Hajat Warga Emas

Kongsi maklumat ini
Tags

Lundu – Impian seorang wanita warga emas berbual dengan Puan Sri Jamilah Anu akhirnya tercapai apabila calon Barisan Nasional (BN) itu menghubunginya, hari ini.

Chin Ah Lian, 75, berkata sudah lama beliau mahu bersemuka dan bersembang dengan wanita yang dikaguminya itu tetapi tidak pernah berkesempatan untuk menemuinya secara dekat, walaupun pernah pergi ke majlis yang dihadiri Jamilah dan arwah suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Tidak sangka suara yang bercakap dengan saya itu adalah beliau (Jamilah) kerana saya memang sudah lama mahu bercakap dengan beliau,” katanya.

Ah Lian berpeluang bercakap dengan Jamilah menerusi telefon bimbit Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu, Fatimah Abdullah yang kebetulan dihubungi calon BN itu, hari ini.

Jamilah kini menggunakan kaedah alternatif untuk berkempen kerana beliau masih dalam tempoh edah yang membataskannya untuk berkempen di khalayak.

Ah Lian berkata, beliau seronok dapat bercakap dengan Jamilah menerusi telefon dan yakin calon BN itu mampu mengatasi dua calon pembangkang.

Sementara itu, Fatimah berkata, Wanita PBB akan menggandakan usaha untuk membantu Jamilah berkempen hingga ke hari pengundian.

“Kami sedaya upaya mendekati sebanyak mungkin pengundi menerusi kaedah kempen rumah ke rumah.

Walaupun pelbagai kaedah digunakan, kami akan terus dengan kaedah rumah ke rumah kerana cara itu lebih mesra dan berkesan untuk kami menyampaikan mesej Datuk Amar (Jamilah) dan BN kepada pengundi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ah Lian di kediaman warga emas itu di Kampung Selenggok, Sempadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.