Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Kamal Adli Bawa Emma Jumpa Keluarga

Kongsi maklumat ini
Tags

kamal adli emma maembongKetika ini timbul khabar angin mengatakan bahawa hubungan Emma Maembong dan juga Kamal Adli semakin rapat selepas kedua-dua pelakon ini dikatakan memilih jalan solo masing-masing.

Malah ada juga yang menjangkakan bahawa mereka kini sedang hangat bercinta namun mahu merahsiakan dulu perkara tersebut ketika ini. Semalam, melalui ruangan Syed Gebang dari Utusan Malaysia, ada sumber yang memberitahu secara lanjut tentang status hubungan mereka ketika ini.

Menurut Syed, dia telah menyiasat perkara berkenaan melalui orang yang paling rapat dengan Emma malah individu tersebut mengakui bahawa Emma memang selesa berkawan dengan Kamal. Bagaimanapun, sumber tersebut tidak mendedahkan atau mengesahkan bahawa pasangan itu bercinta.
“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta”

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.

Jika perkara ini benar, kami yakin peminat Emma dan juga Kamal pasti akan mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Mari kita lihat dan tunggu ‘episod’ terbaru mengenai ke mana hala tuju hubungan Emma dan juga Kamal selepas ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.