Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Kami Pun Sedia ‘Berperang’ Dengan Pas

Kongsi maklumat ini
Tags

gjmjkSHAH ALAM – DAP Selangor menyahut baik cabaran Pas untuk ‘berperang’ setelah Pas mengumumkan DAP merupakan musuh terbaharu mereka selain Umno.

Menegaskan perkara tersebut, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata, Pas boleh meneruskan niat tersebut.

“Itu memang keadaan yang sebenar. Apabila orang dah isytihar perang…kita terpaksa perang. Orang isytihar, kita sambut.

“Apabila ada pengisytiharan musuh, kita kena sahut. Jadi kalau nak lawan, lawan la…,” katanya ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan dakwaan beliau DAP bakal bertanding kerusi milik Pas pada PRU akan datang.

Selain itu, Adun Sungai Pinang itu juga menjawab kepada kenyataan Iskandar bahawa DAP merupakan musuh baharu Pas selain Umno setelah DAP mengumumkan akan meletakkan calon pada pilhan raya akan datang.

Beliau ditemui selepas hadir ke istiadat Angkat Sumpah Pengurniaan Watikah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Kuala Langat, Ketua Pendaftar Perkahwinan Penceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Iskandar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU14 akan datang.

Iskandar berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan ‘musuh baharu’ itu bakal mencabar kerusi milik Pas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.