Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Kampus University of Reading dilancar

Kongsi maklumat ini
Tags

25edu.transformed_0JOHOR BAHRU: University of Reading di Britain hari ini melancarkan kampus terbarunya di Educity@Iskandar, dekat sini, sebagai tarikan destinasi pendidikan bertaraf antarabangsa di rantau ini. Majlis perasmian universiti disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell. Yang turut hadir, Canselor University of Reading, John Madejski dan Naib Canselornya, David Bell. Kampus itu menawarkan program Ijazah termasuk Pengurusan Perniagaan dan Kewangan, Psikologi dan Farmaseutikal selain peringkat sarjana dan kedoktoran. Provos University of Reading Malaysia, Prof Tony Downes, berkata kampus dengan pelaburan awal berjumlah RM80 juta itu bakal menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pendidikan utama di rantau ini. Katanya, kampus itu berupaya menempatkan sehingga 3,000 pelajar tetapi pihaknya menjangkakan untuk mendaftar 400 pelajar menjelang akhir tahun ini. “Kami menjangkakan kemasukan 3,000 pelajar tempatan dan antarabangsa dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, yang mana 30 peratus daripadanya adalah pelajar dari luar negara,” katanya. Sementara itu, Treadell berkata, beberapa universiti di Britain menunjukkan minat untuk membuka kampus cawangan di Malaysia. “Bagaimanapun, ia mungkin lebih kepada beberapa kursus yang belum ditawarkan di Malaysia,” katanya. Lima universiti Britain yang membuka kampus cawangan di Malaysia setakat ini ialah University Heriot-Watt di Putrajaya, University of Nottingham di Selangor dan University of Southampton, University of Reading serta University Newcastle di Educity.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.