Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

KAPAL TLDM TERBAKAR AKIBAT LITAR PINTAS

Kongsi maklumat ini
Tags

gjflLumut – Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang dibaiki di sebuah limbungan di Kampung Acheh di sini terbakar dipercayai akibat lintar pintas, semalam.

Ini disahkan Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh siasatan berhubung punca kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Kebakaran itu berlaku hanya pada penutup jentera yang diperbuat daripada kanvas. Tiada kerosakan pada sebarang alat atau jentera kapal.

“Kapal juga belum diserahkan kepada TLDM dan masih dalam tanggungjawab Grade One Marine Services Sdn Bhd selaku pengendali limbungan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol ketika dihubungi berkata punca sebenar kebakaran serta kerugian dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.59 pagi semalam dan mengambil masa 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke seluruh kapal.

“Kapal itu dalam kerja pembaikan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.