Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Karier Politik Mukhriz Malap Kerana Politik Kotor Mahathir

Kongsi maklumat ini
Tags

jalankelamKata orang-orang lama, kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa, pepatah lama yang sangat sesuai di gunapakai hari ini terutama di dalam hidup bekas Perdana Menteri dan akan terpalit serta melibatkan karier politik anakanda beliau Mukhriz Mahathir yang bakal kehilangan kerusi Menteri Besar Kedah.

Adakalanya kita terlupa tindakan kita akan melibatkan orang lain secara tidak sedar atau pun sedar, siapa pun kita bila melibatkan keceluparan sudah pasti ada yang terguris dan berdendam atau paling tidak akan mendiamkan diri, ia ini marah dengan selemah iman.

Mangsa yang tercelah akan mendiamkan diri dan menyerahkan kepada yang Esa untuk menentukan apakah balasan yang harus diterima oleh orang yang membuat onar melalui kata-kata apa tah lagi dengan tuduhan serta fitnah yang nyata.

Mungkin kerana angkara onar dan perbuatan Mahathir yang banyak memburukkan pemimpin lain menebabkan ramai penyokong UMNO makin hilang hormat kepada beliau. Malah ada dari mereka yang pernah berkhidmat dengannya semasa belaiu menjadi pemimpin no 1 di Malaysia.

Gara-gara keceluparannya jugalah yang membuatkan ramai pemimpin UMNO terutama ketua-ketua bahagian yang berjauh hati dengan Tun Mahathir dan menjauhkan diri dengan anak beliau Mukhriz kerana menuduh semua ketua Bahagian UMNO dan wakil rakyat adalah kaki rasuah.

Tuduhan tanpa bukti ini menyebabkan mereka menyatakan yang Mahathir telah melaluli zaman nyanyuknya, jika beliau menuduh semua wakil rakyat adalah penerima rasuah ini bermakna memberi gambaran bahawa beliau sendiri adalah penerima rasuah kerana kebanyakkannya mereka adalah terdiri dari ketua bahagian yang pernah berkhidmat dengan beliau semasa beliau menjadi Preseden Parti dan Perdana Menteri.

Kerana itu juga Mukhkriz bakal kehilangan kerusi Menteri Besar yang diduduki masa ini, kerana telah hilang kepercayaan dan sokongan dari kesemua ketua-ketua bahagian yang juga melihat bukan sahaja isu Mukhriz sebagai salah seorang penerima rasuah seperti mana dakwa bapanya, tetapi seorang yang di lihat lemah dalam pengurusan jentera parti negeri Kedah.

Kerana keceluparan Tun Mahathir maka Mukhkriz kini berdepan dengan laluan malap didalam karier politiknya, beliau boleh di kira bernasib baik dan menghadapi laluan cerah dalam politik jika Presiden Parti UMNO Dato’ Seri Najib mahu mengambil dan menempatkan beliau semula di pusat itu pun jika Mukhriz setuju.

Bahayanya mulut jika tidak di kawal didalam dunia politik, setiap percakapan kita akan di nilai oleh orang ramai sama ada orang politik atau bukan, berjawatan atau tidak berjawatan, kesannya tetap ada dan natijahnya yang terpalit bakal kesaorangan kerana keceluparan mulut yang kita bawa kemana-mana.

Mukhkriz kini kesaorang menanti hari-hari terakhir sebagai Menteri Besar Kedah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.