Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM3juta Di KLIA

Kongsi maklumat ini
Tags

dgkdtSepang – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan tiga cubaan menyeludup dadah yang dianggarkan bernilai RM3 juta seberat 17.84 kilogram.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan pada Sabtu lalu, yang menaiki penerbangan sama yang tiba dari Chennai, India.

Beliau berkata, seorang daripada suspek yang ditahan itu pernah memasuki negara ini sebanyak 20 kali atas alasan perniagaan.

“Suspek berkenaan seorang lelaki berusia 42 tahun, warganegara India, datang ke Malaysia bersama isterinya yang berusia 34 tahun.

“Kedua-dua beg yang dibawa pasangan berkenaan menampakkan imej yang meragukan. Apabila diperiksa, kita menemui ruang khas yang ditutupi beberapa helai pakaian.

“Hasil pembongkaran pada kedua-dua beg itu, kita menemui serbuk putih jenis methamphethamine seberat 10.17 kilogram, yang bernilai RM1,932,300,” katanya pada sidang media.

Chik Omar berkata, seorang lagi suspek adalah wanita warganegara India berusia 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawa suspek, kita mendapati ada ruangan khas yang ditutup dengan beberapa helai pakaian.

Pemeriksaan lanjut menemui serbuk putih jenis methamphetamine seberat 5.115 kilogram bernilai RM971,850,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.