Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Kastam KLIA Tahan Dua Suspek, Rampas Dadah RM2 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK CHIK OMAR CHIK LIMSepang -Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 10.5kg bernilai RM2 juta dalam dua insiden berasingan pada 5 dan 13 Julai lepas.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata dua lelaki warga India ditahan di KLIA2 sejurus tiba dari Chennai, India pada pukul 3 petang 13 Julai lepas.

Beliau berkata imbasan pada bagasi suspek yang mendakwa datang ke negara ini atas tujuan perniagaan pakaian, menampakkan imej meragukan sebelum pemeriksaan lanjut menemui satu ruang khas di dalamnya yang ditutupi dengan beberapa helai pakaian.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bagasi berkenaan menemui dadah jenis methamphetamine seberat 5.04kg dan 5.02kg dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.91 juta.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek telah memasuki negara ini melebihi 10 kali untuk tujuan perniagaan, namun gagal memberikan butiran lengkap jenis dan premis perniagaan yang dimaksudkan,” katanya .

Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.