Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Kastam Malaysia, UK Jalin Kerjasama Kenal Pasti Penyelewengan CBP

Kongsi maklumat ini
Tags

gstPetaling Jaya – Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan pihak Kastam United Kingdom (UK) untuk mengenal pasti perbuatan penyelewengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Kerjasama itu antara lainnya bertujuan mengesan kesalahan seperti mengemukakan maklumat dan tuntutan palsu serta bayaran balik CBP, termasuk oleh pelancong yang ketara di beberapa negara yang melaksanakan sistem cukai berkenaan.

“Pihak Kastam UK yang berpengalaman mengendalikan CBP di negara mereka akan berkongsi mengenai masalah penyelewengan serta penipuan CBP yang dihadapi kebanyakan negara terlibat.

“Kerajaan UK misalnya telah melaksanakan CBP sejak 1970-an lagi. Sudah pasti mereka amat berpengalaman, khususnya dalam soal penyelewengan yang memerlukan siasatan dan sebagainya,” katanya pada Bengkel Taklimat CBP.

Menurut Chua, jalinan kerjasama itu bermatlamatkan mengumpul lebih banyak maklumat serta menimba pengalaman dalam isu penyelewengan CBP.

Selain itu, beliau turut berharap agar lebih ramai peniaga, terutama yang terlibat dalam perlaksanaan CBP, agar menghadiri Bengkel Taklimat CBP anjuran Kastam dan SME Corp Malaysia.

Malah, daripada 78,000 jemputan menerusi emel, hanya kira-kira 48,000 peserta menghadiri bengkel tersebut.

Setakat ini, bengkel tersebut hanya dijalankan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Peniaga yang berminat namun tidak menerima emel jemputan bengkel tersebut, kata Chua, boleh melayari laman sesawang Kastam untuk pendaftaran secara dalam talian.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.