Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

KASTAM PERLIS BURU SINDIKET KERETA KLON, DADAH

Kongsi maklumat ini
Tags

fhskdKangar – Jabatan Kastam Perlis meningkatkan risikan di sempadan serta memperkemaskan unit penguatkuasaan bagi mencegah ketirisan terutama melibatkan kegiatan penyeludupan berskala besar.

Pengarahnya Kamarudin Jaafar berkata jabatan mendapati trend permintaan untuk kenderaan lusuh berjenama dari Thailand dan Singapura dan diklonkan meningkat kerana harganya murah.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas kastam berjaya merampas 108 buah kenderaan klon bernilai lebih RM2.7 juta manakala cukai ditaksirkan lebih RM4.4 juta.

“Menggunakan kenderaan klon boleh menyebabkan orang ramai teraniaya jika kemalangan kerana ia tidak dilindungi insurans,” katanya kepada Bernama.

Kamarudin berkata jabatannya bekerjasama erat dengan agensi lain terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bagi memastikan sindiket kereta klon dapat dihapuskan.

Mengenai sindiket penyeludupan dadah di sempadan, beliau berkata ia antara sasaran utama kastam kerana sindiket itu licik dan penuh dengan tipu helah.

“Pada pengalaman saya, sindiket dadah paling susah nak dikesan. Mereka licik dan penuh tipu helah menyeludup dadah dalam pelbagai bentuk dan cara, tidak macam kereta atau senjata yang lebih mudah dikesan secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata pada Disember lalu kanabis hampir 100kg kanabis berjaya dirampas daripada sindiket di laluan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Kastam Wang Kelian.

Kamarudin berkata penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia turut dipertingkatkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.