Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Kata laluan digodam semudah 1 2 3

Kongsi maklumat ini
Tags

Instructions - How to use Facebook HackerWalaupun selepas berpuluh-puluh juta pengguna telah digodam akaun dalam talian, ini kerana pengguna Internet yang masih bergantung kepada kata laluan yang lemh dan mudah untuk diteka.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh firma keselamatan dalam talian iaitu SplashData pada Selasa lalu mendapati kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna-pengguna Internet global adalah “123456” dan “password” pada tahun 2015 dan tidak pernah diubah sejak 2011.
Laporan tahunan kelima oleh SplashData telah disusun lebih daripada dua juta kata laluan yang dapat digondam dengan senang pada tahun ini, dan mula menunjukkan perubahan sedikit.
Walaupun format terbaru telah diperkenalkan oleh beberapa laman sosial, “kata laluan yang lebih panjang diperlukan sebagai pelengka format baru tersebut, tapi ramai pengguna masih mengambil mudah langkah keselamatan tersebut dengan meletakkan kata laluan yang senang diekses oleh penggondam.
Antara kata laluan utama yang lain adalah “12345678”, “qwerty”, “12345” dan “123456789,” menurut laporan itu.
Selain itu antara kata laluan yang popular adalah berdasarkan corak papan kekunci standard seperti “1qaz2wsx” (dua ruang pertama kunci utama) atau “qwertyuiop” (baris atas kunci) tetapi “ini adalah antara corak mudah yang akan menjadi mudah diteka oleh penggodam,” kata SplashData.
“pada hari ini kita dapat melihat ramai pengguna semakin peka terhadap ancaman ini, dan mereka mula menukar kata laluan mereka kepada kata laluan yang lebih panjang dan sukar di gondam, tetapi selagi mereka menggunaan kata laluan bedasarkan corak mudah, mereka masih terdedah untuk di godam” kata Ketua SplashData eksekutif Morgan Slain.
“Kami berharap dengan lebih banyak pendedahan serta pencerahan mengenai bertapa bahaya dan tinggi ancaman sekiranya menggunakan kata laluan yang lemah, di harap ramai pengguna akan menukar kata laluan kepada kata laluan yang lebih kuat dan spesifik, dan pengguna dinasihatkan untuk gunakan kata laluan yang berbeza untuk laman web yang berbeza. “

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.