Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Kau Nak Pakai Baju Ketat – Ketat Tunjuk Sado Tak Jadi Nak Pergi Mana

Kongsi maklumat ini
Tags

Pakai-Baju-Ketat-Nak-Jumpa-Tuhan-Kau-Dah-Kenapa-ROTIKAYA-700x444Kehadiran pelbagai jenis rekaan jubah daripada pelbagai pereka pakaian baru-baru ini, sedikit sebanyak memberikan reaksi berbeza bukan sahaja orang ramai malah turut dirasai oleh Sharnaaz Ahmad, lebih-lebih lagi dia turut mengeluarkan jenama jubah lelaki sendiri.

“Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul. Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab”

“Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar. Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik,” katanya.

Tambah Sharnaaz, dia sesekali tidak akan memakai pakai berkenaan yang disifatkannya terlalu ketat malah menjelaskan bahawa keselesaan adalah perkara utama dalam rekaan jubah yang baik.

“Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang. Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu”

“Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh,” katanya. Semoga perniagaan Sharnaaz akan berkembang maju.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.