Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

Kaunter JPN Putrajaya Beroperasi Seperti Biasa

Kongsi maklumat ini
Tags

fdhjPUTRAJAYA – Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya akan beroperasi seperti biasa pada Jumaat dan Sabtu ini walaupun perlumbaan kereta elektrik, Kejohanan FIA Formula E (Formula E) berlangsung di sini pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, laluan masuk ke bangunan JPN adalah terhad khususnya bagi golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung.

“Ini berikutan laluan masuk ke bangunan JPN hanya dihubungkan melalui jejantas pejalan kaki sahaja,” menurut kenyataan JPN di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan dengan JPN berkenaan dinasihati merancang perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.