Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Kaunter Kewangan TH Dibuka Untuk Urusan Dam, Korban Dan Pengeluaran

Kongsi maklumat ini
Tags

jastMadinah – Jemaah haji Malaysia yang mahu membayar dam haji boleh berbuat demikian di kaunter-kaunter Tabung Haji (TH) yang mula dibuka di Madinah, manakala jemaah haji yang belum tiba di Tanah Suci, boleh berbuat demikian di Malaysia.

Pengarah Operasi Kewangan TH di Tanah Suci, Anisuati Yahya berkata jemaah haji boleh membayar dam berkenaan di Tanah Suci sehingga berakhirnya musim haji 1436H.

Beliau berkata kadar bagi mengerjakan korban kibas ialah sebanyak SR475 (RM460) manakala kadar untuk korban unta sebanyak SR3,500 (RM3,365).

Anisuati berkata jemaah haji yang belum tiba di Tanah Suci juga boleh melakukan pembayaran dam di Malaysia sebelum mereka berlepas ke Madinah atau Makkah.

Beliau berkata sebanyak sembilan kaunter dibuka di Madinah iaitu lima kaunter di Hotel Al-Haram dan empat kaunter di Hotel MovenPick, dua daripada tiga hotel yang menempatkan jemaah haji di Madinah. Sebuah lagi hotel yang menempatkan jemaah haji di Madinah ialah Hotel Al-Saha.

Jemaah haji Malaysia dijadualkan ke Makkah bermula 24 Ogos ini dengan kumpulan terakhir ke Makkah ialah pada 7 Sept.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.