Kiriman pada: Tue, Mar 24th, 2015

Kaunter Verifikasi Bayaran Balik Cukai GST Akan Dibuka Di Lapangan Terbang

Kongsi maklumat ini
Tags

gstKuala Lumpur – 16 kaunter verifikasi bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dibuka di lapan lapangan terbang di seluruh negara mulai 1 April .

Ia bagi memudahkan pelancong asing yang membeli barang di Malaysia untuk menuntut kembali amaun GST yang telah dibayar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata bayaran balik boleh dituntut melalui kad kredit, bayaran tunai dan deraf bank.

Tuntutan semula hanya boleh dibuat bagi barang yang dibeli dalam tempoh 3 bulan sebelum meninggalkan Malaysia.

Terdapat beberapa barangan yang tidak layak untuk mendapat tuntutan GST antaranya minuman beralkohol, tembakau serta logam berharga dan batu permata.

Dalam pada itu, Datuk Ahmad Maslan turut mengumumkan Skim Kadar Rata bagi membantu petani, peladang, pekebun kecil serta nelayan dalam mengurangkan kos ekoran pelaksanaan GST.

Melalui skim ini mereka akan mendapat pendapatan tambahan sebanyak 2 peratus yang boleh digunakan bagi membayar input perniagaan seperti baja, racun, biji benih dan kos pengangkutan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.