Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Kawalan keselamatan diperluas tangani ancaman keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK / PENYELIDIKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA 2015PUTRAJAYA: Kawalan keselamatan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperluaskan, terutama ke kawasan pelancongan dan tempat tumpuan ramai. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra, di sini pagi tadi. “Kawalan bersama PDRM dan ATM boleh memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan mengambil berat sebarang kemungkinan berhubung keselamatan negara. “Mesyuarat pagi tadi turut membuat beberapa ketetapan lain, termasuk keperluan meningkatkan sensitiviti terhadap keselamatan ke tahap lebih tinggi. “Agensi atau badan terbabit bukan hanya PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), tetapi juga kastam, Jabatan Imigresen, pegawai kerajaan serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya pada sidang media, sebentar tadi. Najib berkata, setakat ini 55 rakyat Malaysia dikesan terbabit dalam kumpulan militan IS di Iraq dan Syria. “Seramai 17 daripada mereka terkorban dengan enam maut sebagai pengebom berani mati, manakala 129 lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam IS sudah ditahan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.