Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Kawalan Keselamtan Seluruh Negeri Selangor Dipertingkatkan

Kongsi maklumat ini
Tags

FW365837_SG05_160115_PDRM_BANJIR-lprShah Alam – Susulan amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi yang telah diumumkan Ketua Polis Negara ekoran insiden pengeboman di Jakarta, semua Ketua Polis Daerah di negeri Selangor telah diarah supaya mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan keselamatan di seluruh kawasan dibawah kawalan masing-masing.

Peningkatan kawalan dan pemeriksaan keselamatan telah ditumpukan ditempat atau lokasi tumpuan orang ramai seperti pusat perniagaan dan membeli belah, pusat hiburan, lokasi pelancongan, sasaran penting, pintu keluar masuk meliputi KLIA, KLIA 2 dan Lapangan Terbang Subang Sky Park, jeti dan pelabuhan serta lain-lain lokasi yang pihak Polis fikirkan perlu.

Ketua Polis Selangor Dato’ Abdul Samah Bin Hj. Mat, telah mengarahkan Polis Selangor mengambil perhatian serius untuk menentukan agar keselamatan awam terjamin. Semua peringkat pegawai dan anggota Polis Selangor telah diletakkan dalam keadaan siap siaga, bersedia untuk menangani sebarang ancaman dari mana- mana kumpulan pengganas.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama kepada pihak Polis dengan menyalurkan maklumat jika terkesan sebarang kegiatan atau aktiviti mencurigakan mana-mana individu baik secara perseorangan mahupun berkumpulan yang menjurus kepada kegiatan pengganas dikawasan masing-masing kepada Ketua Polis Daerah atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

Pihak Polis Selangor juga menyarankan agar orang ramai tidak perlu panik atau cemas kerana situasi keselamatan di negeri Selangor adalah terjamin. Polis juga mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita-berita palsu atau tidak sah mengenai situasi keselamatan samada menerusi media sosial atau lain-lain saluran untuk mengelak dari berhadapan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.