Kiriman pada: Sun, Jul 26th, 2015

KDN Akan Urus Dengan Kerajaan Britain Jika Ada ‘Prima Facie’ Terhadap Brown

Kongsi maklumat ini
Tags

1 Ahmd ZahidKuala Lumpur – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan dengan kerajaan Britain melalui Wisma Putra jika terdapat ‘prima facie’ untuk tindakan perundangan ke atas pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard sudah sedia terjalin dan ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

“Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM.

“Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.