Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Keadaan Di Low Yat Terkawal, Polis Ambil Tindakan Terhadap Dua Kumpulan Bergaduh

Kongsi maklumat ini
Tags

1loKuala Lumpur – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, Sabtu.

Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

“PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan,” katanya melalui akaun Twitter beliau.

Khalid juga mengesahkan keadaan di pusat perniagaan peralatan elektronik itu tenang dan terkawal malam tadi.

“Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal,” katanya.

Sementara itu, menurut wartawan Bernama yang membuat tinjauan di plaza tersebut malam ini, dianggarkan beratus orang berkumpul di hadapan plaza itu sejak 8 malam tadi, dipercayai rakan kepada individu yang ditahan polis selepas insiden pergaduhan di plaza itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.