Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Kebaikan Mengelamun di Siang Hari?

Kongsi maklumat ini
Tags

cbjmgSiapa yang tak kenal dengan Mat Jenin kan? Watak yang popular dalam kisah dongeng masyarakat Melayu dengan sifatnya yang kuat berangan hingga mati terjatuh daripada pokok kelapa akibat terlampau asyik dengan imaginasinya. Kebanyakan kita mungkin telah terbiasa untuk mengaitkan perkataan berangan dengan elemen yang negatif.

Tapi tahukah anda yang berangan ataupun mengelamun di siang hari juga sebenarnya ada kebaikannya kepada kita asalkan sahaja kita sentiasa rasional dan tidak terlampau leka melayani angan-angan kita sehinggakan terlupa untuk kembali berpijak di bumi yang nyata. Sebagai contoh, lihat di sekeliling anda, setiap peralatan yang anda miliki untuk memudahkan kehidupan seharian anda bermula hanya daripada angan-angan perekaciptanya.

Sebelum mengulas lanjut perkara ini, carian di internet menjelaskan definisi berangan adalah perbuatan yang hampir sama dengan menggambarkan atau membayangkan dalam fikiran (seseorang yang sedang berkhayal), khayalan, atau ingatan (yang timbul dalam menungan).

Dan berikut adalah antara kebaikan berangan-angan ataupun mengelamun:

1. Senaman otak (bukan minda)
Kajian seorang neurosaintis barat menjelaskan keupayaan untuk mengingati perkara silam dan membayangkan masa hadapan adalah hasil daripada pemikiran yang sangat kompleks – yang mana hanya manusia sahaja yang memiliki keupayaan ini.
2. Memberikan ruang untuk bahagian tertentu dalam otak untuk berehat seketika
Terdapat dua sistem utama dalam otak anda: bahagian membuat keputusan dan menganalisa serta bahagian yang membuat perkaitan. ‘Lamunan’ akan membolehkan berlakunya kitaran semulajadi di antara kedua-dua bahagian otak anda di dalam ‘menjalankan tugas’ nya.
3. Menjadikan anda lebih kreatif
Ramai di kalangan selebriti ternama yang kreatif seperti Woody Allen dan JK Rowling, mengakui kebanyakan idea-idea menarik dan terbaru mereka adalah hasil daripada mengelamun di siang hari.
4. Melatih diri untuk lebih berfikiran terbuka dan ‘understanding’
Seperti keupayaan untuk mengingati perkara-perkara silam ataupun membayangkan masa hadapan, kebolehan untuk melihat sesuatu perkara pada perspektif yang berbeza-beza ataupun daripada perspektif individu lain, adalah sesuatu yang unik untuk manusia. Kebolehan untuk meletakkan pandangan anda berdasarkan perspektif individu lain secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keupayaan anda untuk berinteraksi dengan orang ramai dan sekaligus boleh menjurus kepada lebih banyak peluang terbuka kepada anda.
5. Menjadikan anda lebih sihat
Percaya atau tidak, mengelamun di siang hari boleh menyumbang kepada kesihatan anda yang lebih baik? Beberapa pengkaji mendapati ia adalah seperti hipnosis diri yang mana ia menyumbang kepada meredakan tahap stress yang kemungkinan anda hadapi yang secara tidak langsung menjadikan anda lebih sihat.
6. Yang paling penting, membuatkan anda berasa lebih ceria dan bersemangat
Memotivasikan diri. Tiada pendorong yang lebih utama untuk kita melainkan diri kita sendiri. Sedikit-sebanyak, ia juga ‘membebaskan’ anda daripada kerisauan yang ada kalanya tidak berasas yang selalu menghantui anda.

Oleh: Aidil Syukri

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.