Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

KEBAKARAN: MB PERLIS TEMANI ANAK MANGSA BELI PAKAIAN SEKOLAH

Kongsi maklumat ini
Tags

jflKangar – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini membawa anak-anak mangsa kebakaran Taman Pelangi, Bukit Tok Po di Kuala Perlis membeli pakaian dan keperluan sekolah di sini.

Beliau mengiringi 19 murid dari 15 keluarga itu menaiki myBAS dari Kuala Perlis ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli keperluan itu tengah hari tadi.

Selain wang tunai, kerajaan negeri Perlis juga meyediakan baucer bagi tujuan pembelian itu, kata Azlan selepas membeli belah dengan kanak-kanak itu.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Ahad lepas, kebakaran itu memusnahkan 20 buah rumah di Taman Pelangi yang menyebabkan kesemua 15 keluarga itu tinggal sehelai sepinggang. Mereka kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.

Azlan juga berkata penempatan sementara mangsa kebakaran itu akan diselesaikan dalam masa dua tiga hari lagi.

Mengenai bantuan kepada mangsa, beliau berkata kerajaan negeri hanya menyelaraskan bantuan agensi-agensi kerajaan manakala orang ramai dan badan bukan kerajaan bebas memberi sumbangan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.