Kiriman pada: Thu, Nov 24th, 2016

Kebebalan PAS Menyusahkan UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

kebebalanSeingat kita sejak dahulu lagi yang sering memainkan isu agama adalah kelompok pemimpin dari parti PAS sahingga terbitnya kenyataan pemimpin mereka mengkafirkan ahli UMNO dan pada setiap kali kempen pilihan raya maka isu hudud akan menjadi topik utama pemimpin mereka di pentas-pentas ceramah.

Pemimpin mereka bijak mengolah susunan ceramah untuk memasukkan hudud bagi menarik pendengar khususnya orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam tidak kira setinggi mana pun pengajian mereka berhubung dengan agama Islam, yang pasti isu hudud sudah pasti menjadi sajian dan tarikan utama didalam ceramah pemimpin parti PAS.

Ditakdirkan Allah, PAS diberi peluang untuk bekerja sama dengan parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR, mereka merancang Allah jua yang memiliki perancangannya, Allah sengaja menguji pemimpin PAS sejauh mana mereka iklas didalam perjuangan menegakkan agama Islam.

Selama mana mereka bersama parti kafir harbi, selama itulah parti PAS terpaksa berdolak dalih didalam isu hudud, ada ketika mereka berbual isu hudud tetapi bila bersama keluarga kafir mereka tidak mahu menyentuh pun soal agama Islam, kerana pada mereka Islam hanya terpakai pada orang Melayu sahaja dan Islam bukan universal.

Setelah melalui jalan sukar bersama pakatan pembangkang, akirnya PAS akur bahawa mereka tidak boleh bekerja sama dengan kelompok Melayu pembangkang yang dikuasi oleh parti DAP, mereka akur bahawa parti DAP adalah batu penghalang kepada parti PAS untuk syiar Islam mereka yang akhirnya terpaksa membawa diri dan menjauhi pakatan pembangkang.

Setelah banyak kerosakkan minda berlaku akibat sogokkan hudud oleh pemimpin PAS sahingga akhirnya mereka terpaksa membawa diri, maka hari ini PAS juga akan berhadapan dengan keadaan sukar untuk membentangkan RUU Akta 533 yang sudah pasti tidak akan dapat diterima oleh rakan mereka dahulu dari DAP dan PKR.

Ini kerana rakan mereka dari kelompok pembangkang beranggapan bahawa Akta 533 juga adalah hukum hudud, ini kerana sejak sekian lama mereka di doktrin dengan hukum hudud ala PAS maka Akta 533 juga sudah pasti akan disamakan dengan hudud yang digembar-gemburkan oleh PAS suatu ketika dahulu, dan ini amat menyukarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapat sokongan dari bekas rakan-rakannya dahulu.

Sudah pasti Hadi Awang akan berharap dengan parti UMNO yang terdiri ratanya dari orang Melayu yang beragama Islam untuk menyokong usulnya nanti, dan sudah pasti UMNO akan menyokong usul ini jika tidak mahu dikatakan tidak Islam atau menolak Islam.

Cabaran kepada UMNO pula ialah untuk berhadapan dengan rakan-rakan dalam komponan parti Barisan Nasional seperi MCA, MIC dan beberapa komponan parti dari Sabah dan Sarawak yang sudah pasti juga tidak faham dengan Akta 533 yang mereka berangapan bahawa Akta 533 ini adalah laluan mudah untuk kerajaan melaksanakan hukum hudud apabila ianya diluluskan.

UMNO kini terpaksa bekerja keras pula untuk memahamkan parti komponan Barisan Nasional bahawa apa yang dibentangkan oleh Hadi Awang di parlimen hari ini bukanlah hukum hudud, UMNO terpaksa bekerja keras untuk menghadhamkan rakan-rakan se parti mereka bahawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) itu adalah demi untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan Islam yang melibatkan pemulihan serta meningkatkan beberapa perundangan Syariah berkaitan perkara-perkara am seperti undang-undang keluarga, harta peninggalan dan waqaf.

Nampaknya kesan kebodohan PAS bermain dengan isu hudud suatu ketika dahulu kini memakan diri mereka sendiri, sahingga untuk memperkasakan undang-undang syariah pun dipandang sebagai hukum hudud, PAS sendiri gagal untuk meyakinkan bekas rakan-rakan didalam parti pembangkang bahawa Akta 533 bukanlah akta hukuman hudud.

Kebodohan PAS ini telah menjadi beban kepada UMNO yang terpaksa membuat ‘road show’ untuk menjelaskan berkenaan Akta 533 ini kerana kemungkinan UMNO terpaksa menerima usul tersebut jika tidak mahu di katakan sebagai parti yang menolak Islam dan dalam masa yang sama menerima ancaman dari rakan-rakan dalam parti komponan Barisan Nasional, kerana apa yang mereka faham sekarang ini Akta 533 adalah laluan kepada perlaksanaan hukum Hudud.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.