Kiriman pada: Fri, Mar 13th, 2015

Kecantikan Bukan Terletak Pada Wajah Dan Pakaian

Kongsi maklumat ini
Tags

wanita-bercadarWalaupun anda tidak memiliki wajah yang cantik ( pada pandangan manusia) tetapi itu tidaklah bermakna anda harus rasa malu, jangan hilang bahagia atau resah jiwa kerana kecantikan yang hakiki itu terletak pada akhlak dan pekerti yang baik. Anda mestilah mengatahui kelebihan diri dan manfaatkannya untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang. Ingatlah, bijak pandai ada berkata : “Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza.”

Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik, In shaa ALLAH. Ramai orang yang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengkagumi lagi kecantikannya. Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar, sikapnya yang kasar. Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan bergaul dengannya, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung kekurangan pada wajahnya dengan akhlaknya yang baik.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh. Kecantikan wanita terdapat pada mata, caranya memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan kepada mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan kamu tidak akan pernah berjalan sendirian.

Apabila Iman ditanam, syariat ditegakkan , akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik dan indah. Inilah dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat? Apa gunanya wajah yang cantik kalau mendedahkan aurat?

KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA~ (HAMKA). Jadilah insan yang cantik dalam erti kata sebenar…

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.