Kiriman pada: Mon, Feb 6th, 2017

Kecekapan Penyampaian Kukuh Kekuatan Dalaman Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Kerajaan perlu menjadikan kecekapan menjalankan segala projek kepada rakyat sebagai kekuatan dalaman yang perlu diperkukuhkan dalam menghadapi situasi ekonomi global tidak menentu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tumpuan perlu diberikan kepada faktor asas yang boleh membawa kepada kekuatan negara.

“Antara tumpuan yang kita boleh jadikan sebagai kekuatan adalah kemampuan kita sebagai kerajaan untuk melaksanakan segala projek, program dan bantuan kepada rakyat.

“Sebab itu, saya sebutkan bahawa tahun 2017 sebagai tahun penyampaian dan hakikatnya kita semua terbabit untuk tentukan supaya ini memberi kesan kepada rakyat, ” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Najib berkata, beliau juga mahu setiap kementerian dan jabatan untuk tidak bekerja dalam kerangka masing-masing kerana matlamat utama adalah untuk rakyat.

Kekuatan dalaman bukan hanya dari segi perpaduan, keharmonian kaum dan semangat patriotisme tetapi tumpuan perlu diberikan kepada sistem penyampaian dan produktiviti sebagai penjawat awam.

“Kita perlu kerja lebih, bukan saja ‘output’ (keluaran) dan tapi ‘outcome’ (hasil) yang diperoleh perlu berkesan serta bertambah, selain membuat keputusan dengan cepat dan tepat,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.