Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Kedah Turut Beri Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam

Kongsi maklumat ini
Tags

1mukhAlor Setar – Kakitangan kerajaan negeri turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bonus kepada kakitangan gred N54 ke bawah itu telah diberikan bersama gaji bulan lalu.

“Kita ikut seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan, kita juga beri RM500,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyampaikan bantuan Ramadan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) kepada anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional untuk diagihkan kepada rakyat.

Mukhriz berkata peruntukan bagi pembayaran bonus tersebut tersedia dalam Bajet Negeri 2015 yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.