Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Kedai Hero Muafakat

Kongsi maklumat ini
Tags

NASI PADANG/ KONGSI SEMANGAT KEMERDEKAANKuala Lumpur – Kedai Makanan Capital di deretan kedai kain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, cukup terkenal dengan menu nasi padang selain masakan tradisional Melayu lain.

Lebih istimewa, menyaksikan keakraban peniaga Melayu, Cina dan India muslim berniaga di bawah satu bumbung itu diwarisi daripada ibu dan bapa mereka yang mula berniaga di kedai itu sejak 1956 lagi.

Biarpun ruang premis agak sempit, perniagaan tetap berjalan lancar, malah pelanggan tidak putus-putus datang ke kedai dibuka jam 10 pagi hingga 8 malam itu.
Peniaga Nasi Padang Asril, Sharil Abdul Wahab, 62, berkata, dia bersama dua adiknya mewarisi perniagaan bapa mereka sejak 1976 dengan menyewa di kedai milik peniaga Tionghua terbabit.

“Seingat saya, ketika mula-mula berniaga arwah ayah hanya menjual nasi padang dan mi hailam dan beberapa tahun selepas itu, baru muncul peniaga India Muslim berniaga mi goreng dan rojak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.