Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

Kedudukan Najib Masih Teguh Walaupun Diserang

Kongsi maklumat ini
Tags

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam kedudukan yang teguh walaupun diserang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh musuh-musuh politiknya.

Media antarabangsa, The Economist melaporkan, sehingga kini, Presiden UMNO itu masih menerima kese­tiaan tidak berbelah bahagi daripada ahli-ahli partinya.

“Beliau juga berjaya me­lemahkan pakatan pem­bangkang sehingga me­nye­babkan mereka berpecah belah apabila Pas meninggalkan pakatan ter­sebut.

“Siasatan di beberapa negara terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak menemui sebarang kaitan dengan Perdana Menteri,” lapor The Economist melalui portalnya, http://www.economist.com hari ini.

The Economist turut me­­­ramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mungkin diadakan dalam masa beberapa bulan lagi walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat memerintah sehingga Mei tahun depan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.