Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Keganasan – Kita harus Menjadi Mata Dan Telinga Pihak Berkuasa

Kongsi maklumat ini
Tags

Beberapa hari kebelakangan ini timbul kenyataan di laman sosial yang penganas akan melakukan beberapa serangan di lokasi tertentu di negara ini, ia tercetus susulan insiden pengeboman di Jakarta, Indonesia.

Ia menyaksikan 8 orang terkorban termasuk 4 penyerang, kenyataan atau khabar angin itu kemudiannya tersebar dan mereka dengan cepat dialam maya, apa hasilnya?, maklumat yang tersebar tiada kesahihannya sudah pasti menimbulkan ketakutan, keresahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara ini.

Begitu mudah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab membuat kenyataan sedemikian dan menyebarkan sesuatu yang belum pasti kebenarannya.

Darimana segala maklumat itu di perolehi, adakah dari cakap-cakap kosong atau keseronokkan menyaksikan orang ramai gelisah dan panik, tidakkah mereka sedar akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab itu pastinya menyusahkan ramai pihak.

Polis Di Raja Malaysia juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas di negara ini.

Menurut Ketua Komunikasi Koporat PDRM Datin Asmawati Ahmad, kenyataan ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya menyebut ‘PDRM meningkatkan amaran keselamatan negara ketahap paling tinggi, bagi mengelakan insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.

Langkah keselamatan itu adalah prosidur biasa bagi mana-mana negara untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu serangan atau insiden saperti di Jakarta, malah sebagai jiran Indonesia sudah tentu tahap kesiapsiagaan Malaysia bagi menghadapi segala kemungkinan adalah tinggi.

Bayangkan apa yang boleh berlaku akibat penyebaran khabar angin itu sudah tentu orang ramai takut untuk ke lokasi-lokasi yang di katakan tidak selamat itu, tidakkah ia menganggu urusan harian rakyat malah kita juga bimbang dan cemas dengan maklumat sedemikian.

Apatah lagi bagi pelancung dan pelabur, sudah tentu memberi kesan kepada ekonomi dan pendapatan negara, oleh itu jangan mudah percaya, berkongsi aau menyebarkan sebarang khabar angin tanpa ada pengesahan atau kesahsihan dari pihak yang berkenaan.

Malah PDRM juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebar maklumat yang tidak sahih seperti ancaman penganas dimedia sosial.

Penyebaran sebarang maklumat palsu yang melibatkan keselamtan negara perlu dihentikan sama sekali, keselamatan bukan satu perkara yang boleh di jadikan bahan lawak jenaka atau main-main, biarkan agensi keselamatan negara menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kerana mereka lebih arif dan pakar dalam bidang berkenaan, biar mereka menumpukan perhatian dalam menangani perkara dan isu yang boleh mengancam negara.

Kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan pula peru berganding bahu dan bekerja-sama dengan pihak berkuasa untuk mengelak Malaysia daripada menjadi sasaran pengganas bukannya menyebarkan berita palsu.

Jadilah mata dan telinga pihak berkuasa, laporkan jika ada yang tidak kena atau yang mencurigakan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.