Kiriman pada: Sat, Jan 16th, 2016

Keganasan – Kitab Mana Yang Mereka Anuti

Kongsi maklumat ini
Tags

terrorisme-650x400-e1451529012761Keganasan antarabangsa semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, beberapa episop keganasan yang berlaku di beberapa negara sejak akhir-akhir ini membuktikan bahawa tiada tempat yang kebal dari serangan penganas.

Beberapa hari yang lalu insiden pengeboman di Istambl Turkey telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, sementara insiden terbaru yang berlaku semalam negara jiran Malaysia, Indonesia digegarkan dengan siri letupan dan tembakan berhampiran Salina Mall di ibu kota Jakarta.

Sekurangnya 7 orang di laporkan terkorban, kitaran keganasan di Asia Barat, Asia Tengah, Afganista, Eropah dan Afrika Utara kini menular pula ke rantau ini, meskipun tiada warga negara Malaysia yang menjadi mangsa dalam kedua-dua kejadian berkenaan namun kita dikejutkan dengan berita penglibatan rakyat negara ini yang menjadi pengebom berani mati dalam serangan nekad di Iraq dan Syria dalam tempoh 2 minggu lepas.

Dalam kontek Malaysia, walaupun negara ini masih tersisih daripada aktiviti keganasan, namun pengesahan rakyat kita terbabit dalam serangan nekad serta ujud bukti beberapa warga negara ini mendapat pengalaman militan seperti di Syria dan Filipina adalah sangat membimbangkan.

Jika individu seperti ini pulang ke tanah air maka ancaman berlaku keganasan adalah begitu hampir sekali, tidak dinafikan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan lebih 100 individu yang di syaki terlibat dengan aktiviti keganasan.

Tetapi usaha pemantauan dan risikan perlu di lakukan secara berterusan terhadap kumpulan atau individu yang disyaki mempnyai ada kaitan atau syimpati terhadap kumpulan pengganas.

Sebenarnya kita telah melakukan pelbagai langkah bagi menangani keganasan dan memastikan keselamatan serantau, Parlimen Malaysia telah meluluskan pengubalan rang uncang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan rang undang-undang Langkah-langkah Khas Menangani Keganasan Di Luar Negara 2015 (SMATA).

Menerusi kerjasama dengan Amerika Syarikat, kita telah menubuhkan pusat latihan serantau bagi memerangi keganasan, serta negara kita juga di jadikan pusat digital serantau bagi memintas masej melalui komunikasi untuk memerangi ektremism melampau di rantau ini.

PDRM pula telah menaikkan semula amaran keselamatan negara ketahap tertinggi berikutan insiden di Jakarta, langkah-langkah keselamatan telah di laksanakan di tempat-tempat awam, seperti pusat membeli-belah dan tempat-tempat pelancungan.

Selain itu pihak keselamatan juga telah meningkatkan tindakkan berjaga-jaga dikawasan sempadan untuk menghalang penyusupan yang berkemungkinan ada unsur-unsur keganasan.

Dalam ruang-lingkup yang lebih kecil rakyat negara ini di minta melaporkan segera kepada polis sekiranya disyaki terdapat individu dikawasan mereka yang berada didalam keadaan mencurigakan serta menjurus kearah aktiviti militan.

Semua pihak perlu bekerja-sama dalam menangani isu ini, ini kerana tiada kitab atau ajaran mana-mana agama yang menyeru kearah perbuatan keganasan apatah lagi yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan sesebuah negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.