Kiriman pada: Mon, Mar 30th, 2015

Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Jejaskan Sara Hidup Pelajar Tajaan Kerajaan Di Luar Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

KL22_100315_PARLIMENKuala Lumpur – Kejatuhan nilai ringgit tidak menjejaskan kos yuran pengajian dan sara hidup pelajar tajaan kerajaan di luar negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kesemua pelajar tajaan selama ini menerima elaun masing-masing dalam mata wang mengikut negara yang mereka berada manakala yuran pengajian pula dibayar terus oleh kerajaan kepada institusi pengajian.

“Atas keprihatinan kerajaan, semakan ke atas kadar elaun yang diberi kepada para pelajar sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Ini bertujuan memastikan elaun yang diberi sejajar dengan kos sara hidup dengan mengambil kira peningkatan kos yuran, kos pengangkutan dan kos penginapan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Kerajaan menjalankan kajian bermula 2012 hingga 2014 bagi tujuan menyemak semula kadar elaun pelajar tajaan di tiga buah negara iaitu United Kingdom, New Zealand dan India.

Melalui kajian itu, kadar elaun baharu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan setelah mengambil kira kemampuan semasa kewangan kerajaan.

“Kami mahu pastikan kebajikan pelajar tajaan terjaga dan terbela,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.