Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Kejatuhan Ringgit Adalah Respons Semula Jadi

Kongsi maklumat ini
Tags

kjgjlSINGAPURA – Kejatuhan seterusnya ringgit adalah reaksi semula jadi kepada penurunan nilai renminbi (RMB), kata Ketua Ekonomi dan Ketua Strategi Pelaburan AMP Capital Investors, Dr Shane Oliver.

“Cubaan menetapkannya pada kadar tertentu hanya akan membawa kepada herotan dan penurunan daya saing antarabangsa Malaysia adalah berkait dengan negara-negara tetangga yang juga mengalami kejatuhan nilai mata wang,” katanya.

Oliver berkata demikian ketika mengulas langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tidak menambat ringgit.

Dalam sidang media mengumumkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua yang bertumbuh 4.9 peratus, Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, bank pusat tidak akan menambat atau memperkenalkan kawalan modal bagi mengekang penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Pada Selasa, mata wang Asia melemah berbanding dolar AS susulan tindakan mengejut China yang mengubah dasar pertukaran asingnya dengan menurunkan nilai mata wangnya yang dikawal ketat, renminbi.

Susulan langkah itu, renminbi dalam negara mengalami kerugian terbesar sehari dalam tempoh dua dekad.

Dolar Singapura jatuh ke paras terendah lima tahun, susut sekitar 1.4 peratus pada S$1.40 berbanding dolar AS ketika sesi dagangan Asia.

Turut terjejas ialah baht, peso dan won Korea yang menerima kesan paling teruk, menyusut hampir dua peratus berbanding mata wang AS.

Mengenai keputusan suku kedua KDNK negara, Oliver berkata, kadar itu baik untuk Malaysia.

“Namun bagi mengekalkan pertumbuhan yang baik ketika harga eksport komoditi rendah, Malaysia perlu membiarkan mata wangnya pada paras lebih rendah,” katanya.

AMP Capital merupakan antara pengurus pelaburan terbesar di Asia Pasifik dengan aset di bawah pengurusan bernilai lebih A$140 bilion (RM389.2 bilion).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.