Kiriman pada: Fri, Aug 21st, 2015

Kejatuhan Ringgit Fenomena Global

Kongsi maklumat ini
Tags

ringgit-667x500Penyusutan nilai mata wang Malaysia atau ringgit kini menjadi bahan bualan kalangan masyarakat. Memandangkan nilai pertukaran ringgit berbanding mata wang negara lain merosot, khususnya dollar Amerika, ada pihak menyebarkan tohmahan kononnya disebabkan faktor ketidakcekapan pengurusan ekonomi negara.

Sebenarnya senario kejatuhan nilai mata wang dirasai seantero dunia termasuk kuasa besar seperti China, Jepun dan Kesatuan Eropah. Jadi Malaysia tidak terkecuali daripada tempias ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pada asasnya penyebab utama penyusutan atau punca kejatuhan nilai ringgit sekarang disebabkan nilai dollar Amerika meningkat kerana asas ekonominya bertambah kukuh sekali gus meningkatkan nilai matawangnya.

Berikutan itu nilai ringgit mengalami penyelarasan lebih tinggi, Apatah lagi banyak transaksi perdagangan Malaysia mengunakan matawang berkenaan, Selain itu ringgit juga tertekan kerana penurunan harga komoditi saperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak, lebih lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komonditi-komoditi tersebut.

Penyusutan ringgit juga disebabkan jangkaan bahawa Amerika akan menaikkan kadar faedah yang membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka kedalam mata wang dollar Amerika.

Apa pun kejatuhan nilai ringgit lebih 20% tahun ini perlu di lihat secara menyeluruh trend seluruh dunia saperti rupiah Indonesia dan dollar Singpura turut menunjukkan kelemahan, Sepanjang 6 bulan tahun ini rupiah Indonesia pernah mencecah paras terendah dalam tempoh 17 tahun berbanding dollar.

Dollar Singapura turut mencecah paras terendah dalam tempoh 5 tahun, Ada pihak yang menyatakan kerajaan perlu perkenal sistem tambatan ringgit. Bagaimana pun semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan tidak akan memperkenalkan kawalan modal atau menambat ringgit.

Ia memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh dan persekitaran yang berbeza berbanding semasa krisi kewangan Asia tahun 1997 dan 1998.

Sistem kewangan negara pada masa ini sudah matang dan mampu bertahan terhadap sebarang ketidak tentuan ekonomi semasa. Negara yang mengikat mata wang mereka dengan dollar Amerika saperti Rusia, Australia, Canada dan Maxico juga merasi kesan penyusutan nilai mata wang negara mereka lebih teruk dari Malaysia.

Penyusutan nilai ringgit ada juga kesan baiknya, Ia mendatangkan menfaat kepada negara saperti membantu untuk bersaing dalam pasaran ekport kerana produk tempatan menjadi lebih murah.

Nilai mata wang yang rendah juga menarik lebih ramai pelancung ke Malaysia sekali gus meningkatkan industri pelancungan, Kejatuhan ringgit juga menyebabkan barangan import akan lebih mahal seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.

Jelas nilai ringgit susut bukan kerana Malaysia menghadapi krisi ekonomi atau krisis pengurusan kewangan sebaliknya disebabkan oleh faktor peningkatan nilai dollar Amerika. Rakyat tidak harus bimbang kerana pakar ekonomi dunia meramalkan bahawa ia adalah fenomena sementara.

Ekonomi Malaysia terus kukuh dan banyak perkembangan positif, Jumlah pelaburan yang di luluskan pada separuh pertama tahun ini meningkat kepada 113.5 billion ringgit berbanding 112 billion ringgit tahun lepas, Bursa saham Kuala Lumpur masih berada pada kedudukan kukuh di antara 1600-1700 mata.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.