Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Kejatuhan Ringgit

Kongsi maklumat ini
Tags

RinggitTindakan pengundi di Greece yang menolak rancangan penyelamatan yang lebih ketat daripada pemberi pinjaman, telah mendorong kejatuhan bukan sahaja pasaran saham , Tetapi juga nilai mata wang Asia. Ia berikutan kebimbangan memuncak terhadap masa depan Greece dalam Zon Euro, yang mempengaruhi kesanggupan untuk mengambil risiko oleh para pelabur.

Lebih lebih lagi tindakan rakyat negara itu membayangkan hasratnya untuk keluar daripada Zon Euro dan pastinya ringgit tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya, Nilai mata wang tempatan itu mencatatkan paras terendah dalam tempoh 16 tahun Isnin lalu, apabila ditutup pada 3.8050/3.8080 berbanding dollar Amerika.

Para penganalisis menjangkakan paris ringgit kekal turun naik dan di dagangkan dalam jajaran 3.65 dan 3.85 dalam jangka pendek, Selagi situasi di Greece terus tidak menentu, Selain isu Greece penyusutan ringgit melebihi 15% sejak setahun lalu juga di pengaruhi oleh jangkaan kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat akan meningkat serta isu yang melanda syarikat pelaburan negara 1MDB.

Keadaan itu pastinya menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur dan pedagang, seterusnya memberi sentiment nagetif. Namun menurut beberapa orang pakar dan penyelidik bahawa Malaysia kini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding semasa krisis kewangan 1998.

Ini memandangkan sistem perbankkan ringgit kini lebih kukuh dengan paras hutang asing yang rendah dan sektor swasta sudah menyelaras fotfolio hutang dalam dollar masing-masing, Kadar faedah ringgit yang rendah juga membolehkan Bank Negara mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kedudukan ringgit yang lemah di tangani.

Dipihak kerajaan pula pastinya tumpuan akan di beri kepada usaha untuk terus memperkukuhkan sistem ekonomi, Sekaligus meningkatkan kembali nilai ringgit yang penting ringgit kembali stabil dengan kadar turun naik ringgit dalam julat terkawal. Ini kerana pelabur dan peniaga tidak suka kepada ketidakpastian.

Bagi tujuan itu perkara pertama dilihat mampu membatu menstabilkan nilai mata wang ringgit dalam jangka masa panjang, Selain asas ekonomi yang kukuh dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran negara dan peningkatan modal, kestabilan ringgit turut bergantung kepada peningkatan teknologi.

Ia di percayai mampu mengatasi kelemahan ringgit, Usaha menyelesaikan isu-isu nagetif yang melanda negara juga dilihat dapat membantu meningkatkan kepercayaan pasaran terhadap ringgit. Apa pun kita yakin kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani kejatuhan ringgit

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.