Kiriman pada: Sat, Dec 10th, 2016

Kejayaan ke Hollywood Lonjak Nama Malaysia Dalam Industri Animasi

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Kejayaan syarikat animasi tempatan menembusi pasaran Hollywood memberi keyakinan kepada animator tempatan lain melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa.

Antara syarikat yang berjaya menempa nama dalam peta dunia industri animasi ialah syarikat Creatvtoon Studios, apabila dipilih oleh syarikat produksi filem terkenal antarabangsa yang menerbitkan siri filem pecah panggung Star Wars, Lucasfilm, untuk melaksanakan kerja produksi siri animasi ‘Lego Star Wars: The Freemaker Adventures’.

Pengarahnya, Mohamed Khairi Ibrahim berkata, beliau cukup teruja apabila Lucasfilm menaruh keyakinan terhadap syarikatnya untuk menjadi sebahagian daripada pihak terlibat menjayakan siri karya animasi yang mula ditayangkan di saluran Disney XD Jun lalu.

Mohamed Khairi berkata, tanggungjawab diberikan oleh Lucasfilm itu jelas menunjukkan syarikat antarabangsa yakin terhadap kerja-kerja animasi yang dilakukan animator tempatan dan secara tidak langsung melonjak nama Malaysia dalam industri animasi di peringkat global.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.