Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Kekalkan Keamanan Dan Hapuskan Keganasan

Kongsi maklumat ini
Tags

gongxiRakyat negara ini disaran untuk terus kekal menjaga keamanan dari ancaman sama ada dari dalam mahupun dari luar seperti ancaman militan terutama yang membabitkan dan mengunakan agama, negara yang tidak aman akan menyusahkan rakyat untuk hidup selesa seperti yang sedang rakyat negara ini hadapi.

Malaysia beruntung kerana rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama mampu hidup aman damai dan boleh menerima fahaman agama yang mereka anuti, kita dapat melihat suasana ini di ketika sambutan pelbagai perayaan seperti sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina Depavali, Krismas, Hari Gawai dan sebagainya.

Rakyat Malaysia menyambutnya dengan gembira dan mesra serta dalam suasana kekeluargaan.

Ini yang berlaku di Parlimen Kota Tinggi bilamana mereka telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada 110 warga emas daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan parlimen berkenaan sempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Ahli Parlimen berkenaan YB. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, ada pun tujuan diadakan program sebegitu adalah untuk meringankan beban dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang berupaya, dan mejadi tanggungjawab beliau sebagai ahli parlimen di kawasan itu untuk membantu.

Beliau berpendapat sekiranya negara tidak berada didalam keadaan aman dan rakyat tidak bersatu padu sudah pasti program sebegini tidak mampu di jayakan, walaupun sumbangan ini kecil tetapi kepada mereka yang benar-benar memerlukan ianya adalah amat-amat besar apa tah lagi menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina.

Ini lah peranan beliau sebagai wakil rakyat yang di pilih untuk membantu kerajaan dalam menyatukan rakyat yang berbilang kaum dan agama demi kemakmuran dan kesejahteraan negara serta memastikan agar keamanan terus ujud di Kota Tinggi.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi ini seharusnya di beri pujian kerana berjaya mengumpulkan warga Kota Tinggi yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama untuk duduk bersama dalam satu majlis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.