Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Kekayaan Adam Dimasa Muda Memiliki Rumah Banglo RM7 Juta Menjadi Viral

Kongsi maklumat ini
Tags

kekayaan-1Gambar rumah agam dan indah beserta deretan kereta mewah berjenama yang didakwa dimiliki oleh Dato Adam Rosly menjadi viral di media sosial yang mempertikaikan sumber kewangan Ketua AMK PKR, Parlimen Ampang yang juga didakwa memliki beberapa rumah lain.

Walaupun ada keraguan terhadap kemampuan memilki rumah indah tersebut, ianya telah mendapat pembelaan dari Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang menegaskan bahawa kekayaan Adam sehingga memilik beberapa buah rumah adalah kerana bapanya seorang ahli perniagaan.

Yang menjadi isu selama ini ialah mereka sering mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional sering merompak hasil wang rakyat sahingga ramai rakyat negara ini hidup menderita dan sudah, tetapi dengan kekayaan dan kemampuan Ketua AMK PKR memiliki rumah mewah diusia yang muda membuktikan bahawa dakwaan mereka adalah dakwaan meraih simpati politik semata.

Ramai yang mengetahui bahawa Dato Adam Rosly ini tidak memliki sebarang jawatan didalam kerajaan atau memiliki perniagaan sendiri, persoalannya darimana datangnya duit beliau untuk memiliki rumah tersebut.

Walaupun ada dakwaan kekayaannya dibantu oleh ahli keluarga terutama bapanya, pihak SPRM harus menyiasat dari sumber mana datangnya kekayaan itu, kerana ianya seperti tidak sepadan dengan lafas kata parti mereka yang berjuang untuk rakyat.

Dalam pada itu difahamkan satu laporan polis akan dibuat di IPD Ampang berhubung dengan gangguan yang dibuat oleh ketua Kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos di hadapan rumah Adam, semalam, mereka turut akan mengemukakan saman terhadap Jamal berhubung isu tersebut

kekayaan-2

kekayaan-3

kekayaan-4

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.