Kiriman pada: Sun, Dec 18th, 2016

Kekukuhan Institusi Kekeluargaan UMNO Bantutkan Rancangan Lagakan Pemimpin

Kongsi maklumat ini
Tags

Alor Gajah – Kekukuhan institusi kekeluargaan dalam UMNO akan membantutkan rancangan atau niat jahat pihak tertentu melaga-lagakan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata semua pemimpin dan anggota parti daripada pimpinan tertinggi hingga ke akar umbi diminta terus mengukuhkan hubungan kekeluargaan itu bagi menghadapi cabaran mendatang.

Beliau berkata usaha melaga-lagakan pemimpin UMNO itu hanya manipulasi pihak tertentu yang bersekongkol dengan pembangkang dan perlu ditangani semua anggota keluarga UMNO terutamanya ke arah mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya melihat ini bukan benda baharu, tetapi kita tidak boleh leka dan saya ingin mengingatkan seluruh anggota parti terutama Puteri supaya menguatkan gerak kerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Le’Park@Mastana di Arked Majlis Amanah Rakyat (Mara) Masjid Tanah di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata jati diri dan keyakinan yang kukuh dalam kalangan anggota UMNO terhadap pucuk kepimpinan parti juga adalah penting bagi membantu menangkis segala anasir dan unsur negatif yang cuba menggugat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.