Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Keliru – Bantah Dan Jualan Murah

Kongsi maklumat ini
Tags

sogokadSetiap kali berlakunya perhimpunan haram makan pada ketika itulah akan berlakunya jualan murah, tidaklah di ketahui sama ada mereka ini sudah berpakat atau pihak yang menganjurkan perhimpunan telah ada maklumat berhubung Pesta Jualan Murah tersebut.

Ini yang berlaku terhadap sebuah pusat gedung membeli belah di jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang mana setiap kali akan berlakunya perhimpunan jalanan maka secara kebetulan gedung berkenan mengadakan Jualan Murah.

Mungkin pihak penganjur telah sedia maklum, jika gedung ini membuat tawaran jualan murah maka akan ramilah pengunjung pada waktu dan di tempat itu, termasuklah di sekitar Pasar Malam TAR yang menjanjikan kehadiran ribuan warga kota dan sekitarnya untuk membeli-belah bersama keluarga.sogo2

Tidak hairan jika setiap kali berlakunya perhimpunan haram maka di hadapan gedung berkenaan dan jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan utama penganjur perhimpunan.

Pertama kerana ianya sudah menjanjikan ‘kehadiran’ orang ramai dan penganjur boleh menumpang ‘kehadiran’ orang ramai ke gedung dan pasar malam berkenaan sebagai peserta perhimpunan haram mereka.

Walhal kehadiran peserta perhimpunan haram tidak lah seramai yang di gembar-gemburkan malah adaketikanya perhimpuna seperti ini ( perhimpuna haram) tidak mendapat tempat di hati masyarkat dan warga kota kerana ketenteraman mereka telah di gangu-gugat oleh aktiviti yang tiada faedahnya.

sogo4Keduanya mereka tidak perlu bersusah payah untuk berkempen dan menyeru agar orang ramai menyertai perhimpunan anjuran mereka, cukup sekadar bercakap di hadapan sekitar 5-10 orang tetapi akan di dengar oleh ratus pengunjung yang kebanyakkannya ingin tahu apa hujung pangkalnya.

Benar, perkara sebenarnya ada pengunjung yang tidak tahu akan aktiviti perhimpunan haram ini, kerana kehadiran mereka di situ bersama keluarga adalah untuk tujuan beriadah bersama keluarga (window shopping) berbelanja barangan keperluan harian.

Jadi kedudukan dan hitungan orang ramai kononnya itulah jumlah peserta perhimpunan haram adalah mimpi basah penganjur perhimpunan haram.

Pada warga kota dan orang ramai perhimpunan haram ini amat menyusahkan aktiviti kekeluargaan mereka dan tidak mendatangkan apa-apa faedah sama sekali.

sogo3

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.