Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

Kem Motivasi Bogel

Kongsi maklumat ini
Tags

Bentong – Seramai 39 lelaki ditahan kerana berbogel ketika menyertai kem motivasi anjuran sebuah syarikat di padang permainan sebuah pusat peranginan di sini, semalam.

Lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota dan pegawai polis hasil maklumat awam serta risikan pada jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata serbuan dibuat selepas polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.12 petang semalam.

“Selepas menerima laporan, kita membuat intipan dan mendapati mereka melakukan aktiviti itu di kawasan padang dalam pusat peranginan terbabit.

“Siasatan mendapati mereka menjalankan permainan ‘All Out’ yang memerlukan peserta membuat garisan panjang menggunakan peralatan yang ada pada badan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari itu membabitkan 48 peserta.

Mohamad Mansor berkata, polis turut menahan tujuh lelaki dan dua wanita yang juga wakil syarikat berkenaan dalam serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.