Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Kemaafan Itu Manis

Kongsi maklumat ini
Tags

kemaafanKemaafan itu manis jika kita benar-benar redha, sabar dan ikhlas memberikan kemaafan di saat hati dihiris dengan kesedihan. Kita mungkin sahaja boleh membalas kejahatan seseorang itu kepada kita dengan cara menyakitinya semula namun apa yang akan kita perolehi di pengakhirnya? Rasa puas, rasa tenang, bahagia? Tidak sama sekali. Rasa itu hanyalah sementara kerana selagi mana hati kita masih tidak mampu memberikan kemafaan selagi itu kita tidak akan pernah merasa tenang.

Kemaafan itu…

Menenangkan hati-hati gelisah,
Melapangkan jiwa-jiwa yang menderita,
Merungkaikan segala kekusutan jiwa,

Maka, berilah kemaafan kepada mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidupmu dan menyakitimu. Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita mungkin telah bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia yang menggembirakan hidup kita tetapi mungkin juga menyakitkan. Walau apapun, berterima kasihlah kepada mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup kita, kerana mereka itulah yang telah mengajar kita kehidupan yang sebenar. Dari kegembiraan yang diberikan oleh mereka itu, kita belajar untuk menghargai kehidupan dan dari kesakitan itu juga kita belajar untuk memaafkan.

Maka, jika ada seseorang yang hadir dalam hidupmu. Bersedialah untuk memberikan kemaafaan pada bila-bila masa sahaja.

ALAH berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.