Kiriman pada: Wed, Nov 30th, 2016

Kemajuan Tiada Makna Jika Keselamatan Negara Terjejas

Kongsi maklumat ini
Tags

keselmatanKuala Lumpur – Tiada maknanya negara mencapai kemajuan dan memiliki ekonomi kukuh sekiranya keselamatan negara terutamanya masyarakat terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu keselamatan.

“Setiap tahun KDN memperlihat keprihatinan terhadap soal kemasyarakatan khususnya dalam aspek keselamatan kerana soal keselamatan ini tiada kompromi. KDN mahu terus dekatkan diri di lubuk hati kecil masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ruang Pameran KDN bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Sebanyak 10 agensi serta bahagian di bawah KDN terlibat dalam pameran itu iaitu PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Lembaga Penapisan Filem, Bahagian Kawalan Filem dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran.

Mengulas mengenai pameran itu, Ahmad Zahid berkata adalah penting bagi KDN dan agensi di bawahnya berkongsi perkhidmatan yang ada bagi membolehkan masyarakat memahami dengan lebih mendalam peranan setiap agensi tersebut dalam melindungi mereka.

“Terima kasih kepada pegawai kanan KDN dan semua ketua jabatan termasuk PDRM dalam usaha pencegahan jenayah,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.