Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Kembali Kepada Tikar Sejadah Dan Agama

Kongsi maklumat ini
Tags

kembaliItu yang terbaik buat orang tua seperti Tun Mahahtir dari melibatkan lagi diri di dalam dunia politik yang penuh pancaroba ini, ramai yang berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Mahathir kini adalah semata mahu menutupi dosa-dosa lampaunya.

Seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa mahathir boleh melaksanakan apa yang beliau komen hari ini semasa beliau memagang tanpok pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia dahulu.

“Dr Mahathir komen ikut suka dia sahaja. Orang tua, saya ingat dia yang sekat royalti minyak di Kelantan yang beliau kata nak bagi royalti, dia yang penjarakan Anwar Ibrahim, kemudiannya dia mahu membebaskan Anwar”.

“Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Bila tiada kuasa, dia sebut pula nak bebaskan Anwar, itu saya kata dahulu dia baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah, belajar agama. Itu lebih baik bagi dia”.

Jika suatu ketika dahulu Mahathir adalah penentang kuat kepada parti DAP dan kumpulan pembangkang yang ditubuhkan semata mahu menjatuhkan kepimpinan beliau, tetapi hari ini Mahathir sangup kembali bersama denga kumpulan yang pernah cuba menjatuhkannya dahulu malah turut dapat melupakan kesemua kesalahan musuh politiknya semata mahu membalas dendam dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika dahulu Mahathir cukup membenci DAP, PAS dan Parti Keadilan tetapi kini dilihat Mahahtir cuba mencari talian hayat politiknya dengan bergabung dengan kumpulan pembangkang yang diketuai oleh parti DAP dengan harapan parti baru yang ditubuhkan nanti mendapat tempat didalam kelompk pembangkang dan menjadi dominan didalam kumpulan tersebut.

Benar seperti apa yang diperkatakan oleh Nil Abduh bahawa selayaknya Mahathir untuk kembali mengenali sejadah dan menghabiskan waktu di hujung usia tuanya dengan banyak berzikir dan kembali kejalan Allah, agar segala kesilapan masa lalunya dapat diampunkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.