Kiriman pada: Mon, Feb 1st, 2016

Kemelut Kedah – Mukhriz Tidak Perlu Babitkan Istana

Kongsi maklumat ini
Tags

kemelutAkhirnya Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir bersuara menyatakan bahawa desakkan untuk dia berundur di ketika rakyat negeri Kedah sedang meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88 sebagai tindakan yang tidak bertanggung jawab.

Malah beliau turut menyatakan bahawa tindakan itu tidak mendapat sokongan dan tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO negeri Kedah serta kebanyakkan mereka tidak tahu menahu, beliau juga mendakwa istana Kedah juga tersinggung dengan tindakan tersebut.

Mukhriz juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang turut bersama mereka yang menuntutt agar beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah.

Dengan nyatanya enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah tidak hadir Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu sekali gus membuktikan memang benar bahawa EXCO yang di lantik sudah mula menolak kepimpinan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mendakwa mereka telah melanggar perintah Sultan dan mengkhianati akujanji yang mereka (EXCO) lafaskan di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Tidak timbul soal mereka ini melanggar perintah Istana, memang benar mereka melafas sumpah di hadapan Raja pemerintah negeri, tetapi mereka di ketuai oleh seorang pemimpin yang lemah serta gagal meneraju negeri dengan baik maka mereka boleh menolaknya yang berarti menolak kepimpinan yang lemah.

Didalam kenyataan media Mukriz menyebut bahawa beliau ‘menerima khabar’ sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut (Ketua-Ketua bahagian).

Terbuktilah bahawa Mukhriz telah hilang pengaruh dari Istana kerana sepatutnya sebagai Menteri Besar yang di hormati beliau sepatutnya ‘dimaklumkan’ oleh Jemaah Pemangku Sultan dan bukannya ‘menerima khabar’ (membawa maksud orang lain atau pihak ketiga yang meyampaikannya).

Ini jelas membuktikan bahawa Istana tidak berminat untuk masuk campor urusan politik dan kepartian negeri Kedah, jadi tindakan Mukhriz membabitkan nama Istana didalam kemelut politik UMNO di bawah kepimpinannya adalah satu tindakan terdesak untuk meraih sokongan dan mengalih kefahaman rakyat.

Begitu juga dengan ketidak hadiran EXCO kerajaan negeri yang tidak hadir mesyuarat, ini juga memberi makna bahawa kepimpinan beliau telah di tolak sama sekali dan membuktikan bahawa belaiu sudah hilang kawalan di dalam pentadbiran negeri Kedah.

Soal untuk semua EXCO yang tidak hadir mesyuarat untuk memohon maaf kepada Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah, tidak timbul sama sekali kerana pihak Istana sendiri tidak memaklum, tiada arahan serta meminta mereka yang terlibat berbuat demikian, mungkin perkara yang tidak di sedari oleh Mukhriz ialah Istana tidak mahu terlibat dengan pertikaian politik dan kedudukan Menteri Besar Negeri Kedah.

Apa yang nyata kepimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir telah di tolak sama sekali, jalan terbaik ialah melepaskan jawatan yang di sandang dengan rela, fahamilah apabila sudah hilang pengaruh dalam kerajaan, Istana dan parti, jalan terbaik ialah meletak jawatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.