Kiriman pada: Sat, Nov 12th, 2016

Kemenangan Trump Adakah Akan Mengubah Struktur Ekonomi Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

trumpKemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada Rabu lalu menimbulkan keresahan banyak pihak khususnya mengenai beberapa janji yang dibuatnya ketika berkempen.

Trump yang mewakili parti Repablikan dengan beberapa dasar luar yang redikal berhasrad untk menghalang kemasukkan umat Islam ke Amerika telah membina tembok besar di Maxico, membina semula infrastuktur Amerika selain akan membatalkan Perjanjian Perkongsian Transformasi Pasifik (TPPA).

Persoalannya sejauh manakah Trump akan mengotakan janji-janjinya itu, Dunia pastinya tertanya-tanya pendekatan politik yang mungkin dibawa oleh Trump apabila memegang tanpok pemerintahan kuasa besar itu pada 20 Januari 2017.

Ini kerana Trump yang dikenali sebelum ini sebagai ahli koperat dan bukannya ahli politik tulin, dalam pilihanraya sengit itu Trump memperolehi undi deretorat secukupnya untuk ke White House dengan memenangi 279 undi mengalahkan calon pilihan dari domokrat Hillary Clinton yang meraih 228 undi dan merampas beberapa negeri yang selama ini yang menjadi kubu kuat demokrat.

Namun dengan polisi yang tidak menentu yang cuba dibawa oleh Trump nanti Malaysia yakin dengan hubungannya dengan Amerika akan berjalan seperti biasa, Kuala LUmpur percaya pemilihan Trump sebagai Presiden ke 45 Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika.

Trump sudah pastinya memerlukan kerjasama dengan Malaysia serta negara-negara lain dalam pelbagai bidang, malah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib percaya Trump akan mengunakan kaedah yang boleh membantu Washington membina kerja sama dengan semua negara.

Kuala Lumpur / Washington juga telah meningkatkan hubungan ke peringkat perkongsian kopenhensif pada tahun 2014 dan saling bekerjasama dalam menangani keganasan dan extreamisma di seluruh dunia, ini memberi kelebihan kepada negara ini, memandangkan Trump di lihat bersungguh-sungguh mahu menghapuskan penganas Daesh.

Sekali gus menjadikan Malaysia negara yang bakal mendapat perhatian Amerika dalam usahanya menentang Daesh, bagaimanapun Malaysia terpaksa berdepan dengan kemungkinan perjanjian TTPA di batalkan, ini memandangkan Trump menantang kuat perjanjian tersebut sepanjang kempen pilihanraya dan mendakwa ia menjejaskan ekonomi Washinton.

Susulan itu Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan 12 negara yang menanda tangai perjanjian tersebut beberapa jam setelah kemenangan Trump di umumkan, perkara itu juga dijangka dijadikan agenda utama dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asea Pasific (APEC) di Peru minggu depan.

Sungguh pun begitu kerajaan belumpun membuat sebarang plan sokongan memandangkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan akan menganalisis situasi dari semasa ke semasa.

Apa pun Washinton di bawah pentadbiran baharu pastinya akan menekankan dasar terbukanya, walaupun akan berlaku beberapa perubahan ia diyakini bukan perubahan yang redikal.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.