Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Kementerian Kesihatan Rancang Bangunkan Tanah PKKN

Kongsi maklumat ini
Tags

fkhjlSHAH ALAM – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan akan membangunkan tanah-tanah kosong di kawasan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kawasan PKKN yang berkeluasan 227 hektar itu akan dibangunkan bagi mengelakkan pencerobohon buruh asing berlaku secara berterusan.

Setakat ini, katanya, pihaknya sedang mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk projek-projek tertentu.

“Pihak PKKN mengambil langkah untuk memotong bekalan elektrik dan air ke chalet dan kediaman bekas pesakit kusta yang dikosongkan, namun begitu penyambungan secara haram telah dilakukan sendiri oleh warga asing.

“Selain itu juga, operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib dan dengan keluasan yang sebegini pengawasan dan penguatkuasaan adalah sangat kompleks,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagi mengelakkan pencerobohan, pihaknya telah membina Hospital Sungai Buloh (Baru), Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan UiTM, Fakulti Pergigian UiTM serta Kompleks Kuarters Integrasi.

“Pihak kementerian telah mengenal pasti tapak untuk perancangan projek pada masa depan iaitu sebuah tempat Letak Kereta Bertingkat, Makmal Penyakit Berjangkit serta tambahan Kompleks Kuarters Integrasi.

“Dengan adanya projek-projek ini, tanah di PKKN akan digunapakai dan dibangunkan untuk kepentingan pihak Kementerian dan dapat mengurangkan pencerobohan oleh pendatang asing,” katanya lagi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.