Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Kementerian Pendidikan Tinggi Nama Rasmi KPT

Kongsi maklumat ini
Tags

czgmcgmPutrajaya – Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan nama rasmi kementerian yang diterajuinya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata nama Kementerian Pendidikan Tinggi itu sesuai dengan peruntukan akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai (Selasa) melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula.

Dalam rombakan itu, Najib mengumumkan Idris untuk menerajui kementerian itu manakala Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai timbalannya.

Portfolio Kementerian Pengajian Tinggi pertama kali diwujudkan pada 2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Selepas Pilihanraya Umum ke-13, Najib menggabungkan portfolio itu dengan Kementerian Pendidikan serta melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan dan Idris sebagai Menteri Pendidikan Kedua.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.