Kiriman pada: Fri, Dec 30th, 2016

Kementerian Pengangkutan Akan Melakukan Yang Terbaik Untuk Penguna jalan Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

Sebaik sahaja berlakunya kemalangan negeri yang melibatkan sebuah bas dilaluan Genting Highland-Kuala Lumpur pada tahun 2013 dan direkodkan sebagai sebuah kemalangan maut paling dasyat yang pernah berlaku dinegara ini, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan sebuah badan penasihat bebas bagi melaporkan kepada Menteri Pengangkutan.

Badan tersebut telah mengesyurkan beberapa kaedah kepada kementerian dan telah diluluskan oleh kabinet pada tahu 2014 dan telah mengarahkan beberapa agensi untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diusulkan oleh badan penasihat berkenaan.

Diantaranya ialah pemasangan alatan pengukur kelajuan atau Speed ​​Limiter Device (SLD) bertepatan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) dibawah peraturan 89 bagi setiap kenderaan bas yang dikeluarkan bermula pada tahun 2015, walaubagaimanapun kenderaan bas yang terbabit dengan kemalangan di Paguh baru-baru ini tidak termasuk didalam peraturan tersebut kerana ianya adalah keluaran tahun 2013.

Selain itu Kementerian Pengangkutan juga sedang dalam proses untuk menubuhkan sebuah Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (LKPM) seperti mana yang dicadangkan oleh Panel Penasihat Keselamatan untuk melaksanakan fungsi siasatan yang bebas dan telus mengenai insiden yang melibatkan keselamatan jalan raya, keselamatan, pemantauan dan penilaian inisiatif keselamatan bagi kesemua jenis pengangkutan.

Datuk Seri Liow Tiong lai selaku Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan kementeriannya dan pihak MIROS untuk memantau pelaksanaan kesemua cadangan yang diusulkan oleh badan penasihat keselamatan dan juga telah mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan untuk melaporkan status dan kemajuan perlaksanaan cadangan yang berkaitan.

Datuk Seri Liow yang juga Presiden MCA turut memaklumkan bahawa Bahagian Pengangkutan Logistik Darat Kementerian Pengangkutan telah diberi mandat untuk menjalankan audit secara menyeluruh rantaian perkhidmatan kenderaan awam termasuk termasuk reka bentuk kenderaan, pembinaan, kelulusan dan peraturan pemeriksaan.

Audit berkenaan termasuklah penyimpanan rekod agensi-agensi yang berkaitan dan akan membuat laporan pada suku tahu pertama 2017.

Kementerian Pengangkutan akan memaklumkan kepada orang ramai status laporan mengenai pelaksanaan masing-masing melalui laman web rasmi agensi yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.