Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Kementerian Pengangkutan perinci cadangan beri ruang mat moto berlumba

Kongsi maklumat ini
Tags

illegal_racing_2605_620_412_100KUALA TERENGGANU: Cadangan menutup jalan di ibu negara bagi membenarkan ‘mat motor’ atau ‘mat rempit’ berlumba perlu dikaji secara mendalam dan terperinci.

Ia berikutan pendekatan itu dilihat boleh menjejaskan keselamatan serta menimbulkan banyak masalah.

Menteri pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan serta kesan penutupan laluan di kawasan tertentu terhadap pengguna jalan raya.

Menurut Liow, pihaknya tidak akan memberikan kelulusan sewenang wenangnya dan keputusan megenainya wajar dibuat secara rasional.

Menurutnya, aktiviti terbabit lebih sesuai dijalankan di lokasi yang sesuai terutama di Litar Sepang yang menyediakan kemudahan lebih selamat.

“Paling mustahak jika cadangan itu dilaksanakan, pihak terlibat perlu mengenal pasti penutupan kawasan-kawasan tertentu untuk aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“Saya rasa semua pihak perlu tahu menunggang motosikal dengan laju boleh membunuh jadi cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam…keselamatan penunggang amat penting dan pendapat saya lebih elok sekiranya mereka pergi ke tempat yang lebih selamat contohnya ke litar F1 di Sepang kerana kalau menunggang secara laju di bandar raya adalah tidak digalakkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini pada Jumaat.
Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat cadangan supaya beberapa jalan ditutup pada hari tertentu bagi membolehkan ‘mat motor’ berlumba secara sah.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Dri Khalid Abu Bakar untuk mengheret mereka yang memandu tanpa lesen ke mahkamah, beliau berkata cadangan itu sangat bernas.

“Ini bukan soal hendak denda rakyat Malaysia, tetapi kita sayang rakyat Malaysia dan penguatkuasaan seperti ini diharap mampu mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.