Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK RANCANG BELI JET PEJUANG PAKISTAN

Kongsi maklumat ini
Tags

xhmKuala Lumpur – Kementerian Pertahanan tidak mempunyai perancangan membeli jet pejuang Joint Fighter-17 (JF-17) Thunder dari Pakistan seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

“Saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ini pertama kali saya mendengarnya. Kami tidak mempunyai perancangan membelinya,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di lobi Parlimen hari ini ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa yang memetik Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar yang berkata kerajaan Malaysia berminat membeli pesawat JF-17 dari Islamabad.

“Jet pejuang JF-17 dianggap produk sektor pertahanan yang sangat baik dari Pakistan dan keputusan mengenai jumlah pembelian akan diputuskan segera oleh kerajaan Malaysia,” kata Dr Hasrul Sani yang dipetik media antarabangsa.

Mengulas lanjut mengenai Bajet 2016 untuk kementeriannya, Hishammuddin berkata fokus akan diberikan kepada perolehan aset baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia termasuk 6 kapal tempur pesisir ‘Littoral Combatant Ship’.

Selain itu, sistem persenjataan ‘Very Short Range Air Defence’, kereta perisai serta pesawat Airbus A-400M dan kelengkapan tekonologi terkini.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan menumpukan peruntukan RM17.304 bilion yang diterima dalam Bajet 2016 kepada aspek kebajikan anggota pesara veteran, keselamatan, kesiapsiagaan dan transformasi program latihan dan isu-isu dasar,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.