Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

Kenaikkan Levi Pekerja Asing – Kerajaan Harus Bertegas

Kongsi maklumat ini
Tags

pekerja asingIsu pekerja asing antara cabaran besar Malaysia menuju kearah negara maju berpendapatan tinggi, dikatakan 7 juta warga asing mencari rezeki di negara ini, paling membimbangkan ada lebih 2 juta mempunyai permit kerja selebihnya memasuki negara ini secara haram.

Realitinya kebanjiran pekerja asing gagal dibendung ekoran permintaan yang tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor ia juga disebabkan oleh sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan.

Apabila bercakap mengenai pekerja asing sebenarnya pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menanganinya, ini termasuk meningkatkan gaji minimum pekerja tempatan dalam bajet 2016.

Menerusinya kerajaan berharap lebih ramai rakyat tempatan memperolehi pekerjaan dalam pelbagai industri seterusnya mengambil alih pekerjaan yang kini dilakukan oleh pekerja warga asing terutama menjelang tahun 2020.

Terbaru, langkah meningkatkan levi pekerja asing yang berkuatkuasa pada 1 Fabuari, bermula dari tarikh ini levi pekerja asing bagi sektor pembuatan dan pembinaan, perkhidmatan serta sektor perladangan dan pertanian dinaikkan, bagaimanapun pensektoran semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing.

Disebalaik lagkah kerajaan itu ada pihak-pihak yang tidak berpuashati, mereka mendakwa kenaikkan levi itu tidak munasabah dan membebankan majikan, juga ia boleh mendorong kenaikkan kos pembinaan sekitar 2%, jika peserta industri tidak dapat menampong peningkatan kos ujud risiko impak kenaikkan itu akan di pindahkan kepad apenguna akhir termasuk dalam sektor pembinaan rumah.

Malah ada yang berpendapat jika kerajaan kekal dengan keputusan tersebut ia secara tidak lansung akan menjejaskan ekonomi negara.

Namun kerajaan mempunyai alasan kukuh disebalik menaikkan levi pekerja asing, seperti yang di tegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kenaikkan levi pekerja asing perlu dilihat sebagai satu langkah positif untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Tambahan pula dengan proses Malaysia menuju ke negara maju pada tahun 2020 dimana persediaan untuk berdikari amat penting bagi mengunakan modal insan tempatan serta meminimumkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kenyataan itu ada kebenarannya kerana kita tidak boleh selamanya bergantung kepada pekerja asing, tidak dinafikan langkah itu sedikit sebanyak akan membebankan majikan untuk tempoh jangka pendek.

Bagaimanapun apa yang di lakukan oleh kerajaan itu adalah untuk janka panjang, kita tidak boleh lagi menunggu, sebaliknya perlu bertindak tegas dari sekarang, bukan bebas segelintir pihak yang perlu di risaukan sebaliknya soal keselamatan negara.

Kita juga sedia maklum, kerajaan telah memberi tempoh yang lama kepada majikan supaya mengurangkan bilangan pekerja asing dan mengunakan khidmat tenaga kerja tempatan.

Persoalannya setakat mana komitmen mereka, ada yang memandang remeh kerana lebih berminat untuk mengejar keuntungan sahingga mengenepikan soal keselamatan negara.

Mereka seolah-olah tidak nampak perkara lain yang ujud dari segi insfrastrutur, pendidikan, kesihatan awam malah jenayah, jadi kita harapkan kerajaan bertegas, kerana hanya ketegasan dapat menangani kebergantungan kepada pekerja asing.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.